Monday, 24 September 2012

Pencarian Maklumat

Memang agar sukar untuk kita mencari sesuatu yang tidak pernah kita belajar.tetapi dengan usaha dan kesabaran ,in sha Allah. Dapat jumpa apa yang dikehendaki.

JOM AMALKAN <<<

Sunday, 23 September 2012

Diriku ini yang suka menangkap gambar. Menunggu masa untuk beli camera di atas atau seumpamanya,hehe.
Inilah antara gambar yang saya suka tangkap, gambar pemandangan alam sekitar ini, hehe.
Indahkan ciptaan ALLAH.

Saturday, 22 September 2012


Hadith: 
Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. 
Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam disuruh solat 5 waktu berjemaah kerana terdapat fadhilat-fadhilat yang khusus lagi banyak.
  2. Orang yang menunaikan solat 5 waktu khususnya solat subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.
  3. Setiap orang yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT (dilemparkan ke dalam api neraka jahannam).
  4. Dikhususkan (ditentukan) solat subuh dengan kelebihan ini kerana solat subuh lebih berat daripada solat-solat lain disebabkan waktu subuh adalah waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwudhuk dan bagi orang yang bekerja pula subuh adalah masa membuat persiapan untuk keluar bekerja.
  5. Dengan meninggalkan solat subuh terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Friday, 21 September 2012

HARI JUMAAT

Pada hari ini 21.09.2012, bersamaan 5 Zulkaedah 1433 hari Jumaat . Pagi ada kelas Engineering Workshop ,lecturer hari ini moood kurang disebabkan ada budak buat hal(mungkin termasuk saya-sebab bercakap semasa dia sedang bercakap). Tapi ok je, ada orang lain. Apa-apa pun ,dapat belajar sesuatu yang baru ,cuma kurang faham skit lah, t nak study balik. Balik2 terus buat assigment sikit, dah siap tu tidur sampai Azan. Jadinya, pun pergi kat pusat ISLAM menunaikan jumaat. Sebelah petang pula ada kelas Engineering Mathematics, belajar benda yang dah belajar, itu pun dah adayang lupa ,jadi sebagai REFRESH ,hehe. By the way, hari ni terdapat nilai pengajaran yang dapat dikongsikan di sini.
Antaranya ialah:-

  • Fokus dalam kelas.
  • Duduk kat "SAF" depan sekali dalam kelas.
  • Salin apa yang lecturer ajar.
  • Tidurlah sebelum Zuhur /Jumaat untuk dapat pahala Qailulah.
  • Sentiasa belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan seharian samada ilmu, kemahiran, atau pengalaman.



U]فوائدالقيلولة الصحيحة[/u]
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.
Maksud Hadis:
syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.